blog

tukaNg PoLow~

Friday, November 5, 2010

jerit di SUria Fm..Saya nak ke shout award!!!!!!!! yes!! finally!!

tengah syok-syok check emel,.sambil2 tu aku pon layan la suria fm..tetiba aku dengar DJ dia gtau ade menang tiket ke shout award 2010...
waa!! aku memang nak pegi sangat! aku ingat nak amik tiket tu kat The Curve je 13 ni..
sbb ade showcase dia,hujan pon ade perform situ..
lame dah tak berdanska! :p
tapi ntah tetiba tangan aku pon try jela dail suria fm tu...
time tu Dj Linda Onn bertugas..
banyak kali gak la aku try...no busy..no busy..
ntah macam mana hampir2 je aku nak putus asa..
Linda angkat!! wah!! terkezut mak u...ahakz!

'hello, ye telefon untuk ape ye?' soal Linda..
' untuk menang tiket shout award 2010..' jawab aku...
'tahniah! anda merupakan pemanggil yang bertuah..siapa ni di talian?' Linda soal lagi...
'syakirah' balas ku pendek..:)
'nak tiket kena jerit dulu tau..saya nak ke shout award!!!!! boleh ke tak jerit ni??'
'boleh je..takde hal..' balas ku dengan nada riak..haha!
'ok syakirah..1,2,3..jerit!'
' SAYA NAK KE SHOUT AWARD!!!!!!! ' jerit ku dengan 16 harkat...
'waa..terjaga jiran-jiran sebelah tu..' Linda buat lawak ngan aku..
'tahniah! syakirah! anda baru saja memenangi 2 tiket ke shout award 2010! jumpa kat sana ye'
'thanks suria fm!! thanks kak Linda!'
* detail peribadi pon diberi lepas suara merdu aku on air..:p *

pendek cite skang, aku nak ajak sape eh sorang lagi tuh..hmmm...
tunggu jela nanti..hehehe..

performers shout award ialah..



International Headliner

Iyaz


Local Performers

Faizal Tahir Royal Force
Deja Vodoo Spells
Mizz Nina
Hujan
They WIll Kill Us All
Bittersweet
Love Me Butch
Yuna
Najwa
James Baum
Reshmonu
Arabyrd
Tactmatic
Shawn Lee
Shazat
Wakaka Crew
Giller Battle Crew



Presenters

Adibah Noor
Ning Baizura
Arabyrd
Tactmatic
Zizan
Sasi The Don
Liyana Jasmay
Hans Isaac
Chef Wan
Qi
Maya Karin
Nora Danish
Diana Danielle
Andrea Fonseka
Bunkface


lets get rock and roll bebeh!!!! danska!!

* nak pakai baju ape eh malam tu..(macam artis lak..hahaha)*


9 SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI

Keibuan

Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,
lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan
mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan
gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai
melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi
keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi
daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah
anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan
menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan.
Misalnya, kemanjaan wanita ygmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian
lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai
dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah
memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan
sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg
berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2
sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn
wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn
tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat
lelaki berasa bangga.

Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan
wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat
tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya
dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan
dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki
juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus
menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah
beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan
ramping walau dah punya anak 3??

Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yg disukai elaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya.
Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi
respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik,
serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih
menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai
berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiran
terbuka.

Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di
mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara
berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg
baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah
di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada dibandar atau di kampung.

Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan
mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan
merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan
dirinya sesuka hati.

Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada
nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg
wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada
kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona...


p/s : dah cukup ke blom eh ciri-ciri ni kat aku..hahaha! :)

21 PEDOMAN BUAT WANITA

Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari 'Terimalah lelaki sebagai sediakala". Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah Lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa Pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan Seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. Dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bbagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama,anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu

(1) Kehendak Seks dan

(2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya...


p/s : waaa....lelaki oh lelaki.*sigh*

:p

Wednesday, November 3, 2010

Court Games For All ( CGFA )


30.10.2010...ade CGFA berlangsung kat maktab aku,.
game ni melibatkan semua maktab yang ada kat UTARA malaysia n
i..
termasuklah IPG Kampus Tuanku Bainun haku...
aku masuk acara badminton perseorangan wanita...
lame x main..mmg saket2 urat dibuatnya..
tambah2 kene "tale" ngan player SUKMA dari maktab perlis an..
mmg rase nak putus urat gak r kejaq shuttle dia..
alhamdulillah,berkat sokongan semua..

sampai juga aku ke FINAL..
jadik ler dapat naib johan..aku pon xsangka..
tp yg best sgt2 sbb men kat tmpat sndiri an...
penyokong dia..fulamak! mcm org kene histeria...
tambah2 sore geng2 aku..sore man,.naim..haha!

korang mmg best la..!
kalo x kerana Encik Anas yg ajar men 2 tahun lepas..
aku xkan sampai tahap ni rasenye..dulu aku pukul pun ntah hape2..
mmg xreti men langsung!
tp tu la..training n slalu men...minat pon timbul..best2!! :)
tambah2 ade geng2 skuad yg sporting n xkedekut ilmu...
tq mat,atok,ajim,kak ching, elyssa,.hehehe..


tp aku dah niat nak pencen men badmnton sehingga sem depan..
nak recruit org baru plak..tp mcm xde je..adeh..
abeh la skuad bdmnton wanita maktab aku...hehe




Wednesday, July 7, 2010

CeriteRa SeBuaH "SYAKIRAH"

Malam Bertandang..
Hati Berbisik Mengenang..
Cerita Derita Yang Daku Pendam..

Kata Menguji..
Cuba Untuk Kusudahi..
Berulang Airmata Membasahi..
Align Center
Aku Kini Perlu Berdiri..
Walau Hakikatnya...
Pasti Kan Melukai~

Aku Ingin..
Semua Rasai..
Kerna Pengakhirnya Hidup..
Ku Sendiri~


Oh Tuhan Kau Berikan Aku..
Segala Kekuatan..
Meneruskan..
Perjalanan....~


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Tuesday, June 15, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah tanggal 13 Jun 2010...





















maka tersebutlah kisah...13 jun 2010...jeng..jeng..jeng,,,
REUNION ex-sktm yang berlangsung di restoren CHICKen HArtZ Sunway piramid....
aku lah mastermind untuk event ni..ecece...:p
aku buat pon ats sbb2 ramai sgt yang mencadangkan kat aku..soh aku buat..
mgkinkah kerana mreka bz?malas? idok la teman tau...:)haha..~
aku pon created event ni sebulan awal dari tarikh reunion,.pakai fbook je..sbb jimat+mudah~
mase ni aku masih lagi d maktabku yg "TERCINTA"..tgh exam plak tuh..huhu..~
mmg banyak kesulitannya ku alami..yela..1st time jd organiser..
tempat pertemuan mmg mnjadi mslah utama pd mulanya...
byk kali ku tukar..huhu,..
last2..emiza yg bagi idea CHICKEN HARTZ tu...:)


liku2 sebelum event bermula...
pagi tu smpat lagi aku msg beberapa org ex-sktm utk dptkan confirmation dorg...
badnews..ramai yg ada hal saat2 akhir...:(
tp 2 msh xpatahkan semangat aku..
bagi aku bese la tu..xdpt nk elak..n xde rzeki..:)
event tetap diteruskan..~
pagi tu pon aswad msg aku,."weh syark,.rmai ke yg join?ko gi ngan sape?naik ape?"
"la,.rmai gak la,.ko dtg jela k..aku g nek moto aku la..nape?"
"kalo camtu aku gi ngan ko la k..kite gi same2..aku dari klang nanti.."
"ok,.xkesah,tgu bwh umah aku k..dah smpai roger..tata.."

maka, aswad pon smpai lebih awal dri yg aku jangkakan...huhu,.
tapi mase tu aku xsiap lagi..haha..maklumla kan..reunion,mstilah da'bomb!:)
dia pon mnunggu hmpir stgah jam..haha..
mulut dia mcm mak jande bebel..hahaha~
ktorg smpai piramid dlm pkul 12.30..sorg kelibat pon aku xnampak...
janji kul 12,.bese la kan..huhu..aku pon lepak2 jela kat kerusi luar tu tggu "Datuk2 Datin2" sampai..
org 1st dtg kat ktorg ialah SYAZWANI!!! rindu kat wani sgt2..mmg nak jumpa dia pon!
banyak kenangan time skola dlu..hahaha..lawak2..
she's so pretty!! kurus dari aku plak tuh..cam kerengga je pinggang..haha..
pakaian merah makngah+shawl yg cute! :)
xlama lepas tu,.muncul la segerombolan "RATU2" cantik TMN MEDAN,.huhu..
ami hamidah+aishah kamaruzzaman+azlin+zahraa+izzati+adila hassan+khairunnisa'+emiza+linda+zuliana
xlengkap la kalau ada RATU je kan?
maka, muncullah si jejaka2,.
faisal+fendi+syafiq+noi+faiz arifin+jamirulhafiz+atok+kerol izwan+sopi abadi+amir+ashraf..
walaupun mmg ada antara mreka2 tu yg "punctual"...:p

paling menggembirakan aku ialah kehadiran dua org cikgu sekolah rndah kami..!
cikgu azura dan ckgu zamzuri..
syukur dan terima kasih sgt kat ckgu coz sudi meluangkan masa bersama2 kami..`
ckgu azura..sumber inspirasi aku tuh..segala ajaran dia,.kata2 semangat serta sindiran dulu masih tersemat dlm kotak fikiran ni..:p
tu la pembakar semangat aku utk berjaya mnjadi guru bermotivasi cam dia..:)

mmg riuh restoren tu kami buat! maklum la,.
byk sgt bnda nak diimbas kmbali..cerita2 terkini..
sesi "pengecaman" muka...it was fun!!
10 tahun xjumpa k..bayangkan,lame tuh! mmg gelak2+borak2 smpai xde suara aku balik tu tau..
huhu...~

tetibe alin kate hazira dgn ratna pon ondway join kitorg..hepinye!!
but, at first,.hazira xknal aku..baru je nak mrajuk..tetiba dia sebut nama aku!
thank god! dia ingat aku lagi!! terharunye..haha
maka,berpelukan lah kami di situ..muah,.muah..hahaha~
sesi bgambar plak dgn cter r kan..dah mcm model je pose~
haha,..~ honestly,.masing2 mmg cantik,comey,cun2,ensem2,macho2+stylo!!
xmcm 10 tahun dulu,.bhingus+berlemoih..hahaha~

dlm pkul 5 lbih tu, SYAZWANI N AISHAH kene balik...:(
sedeynye,.rase mcm xnak lepaskn dorg balik..seriously!
rase kejap je mase berlalu..bila la boleh jumpe lagi kan kwn2...hurm..:/


selepas abes sesi makan2..kitorg pon teruskan dgn xtvt kedua...
BOWLING!! :)
rase bergegar lane tu dengan jeritan+sorakan kami..huhu..
3 lane telah ditempah...
korang mmg pandai mencuci longkang...hahaha..
xkesah la kan? yg penting kite..ENJOY!!! :p

semua pulang dlm pkul 8 lebih camtu la...
pastu dah smpai umah dorg trus ajak gi minum2 dulu kat kedai pondan..
emiza+zuliana+aku..
xlama lpas tu muncul la si nadzirah+mustakim+lenda..dorg baru balik kroje..
that's y dorg xdpt join reunion..~


paling nampak perubahan ialah aishah,.transform abeh!! cun dah skang..dulu comey sgt2!!
dia la tukang kayuh basikal,.aku tumpang je kat blakang mase ktorg same2 nak g skola agama dulu..huhu...rindu! :p~
syawani plak dia pretty mcm dulu jugak..ayu gitu..untung nye abg anip dia..hahaha..:p
izzati plak,.dia pon dah makin cun,.bgaya gitu..! :p
zahraa! ape sudah jadi sma tinggi kamu???!! hahahaha..
ntah la,aku slesa bgaduh2 ngan ko..ko mmg same je dari dulu..sempoi!! i like ur style!:)
alin,..hmm,.dia brubah sket..dulu kat skola cam sombong je..skang xde dah..ok,best! anggun sopan je..sejuk mata mak aswad memandang..ooppzzs!! hahaaha..~
hazira plak dia dah kurang sket ketomboian dia tuh..huhu..feminin la ni tau...huhu'
ratna pon sama,.feminin je..:)
gadis2 lain tu kebanyakkan mmg aku slalu gak jumpe kat area sini..korg2 tu same je..giler2!! best! haha~

aswad plak dulu kecik je..suke buli org..nyampah sgt!:p.. tp skang dia x kecik dah beb,.beso dr aku..haha..~
kerol,.dulu buncit sket time jadi pengawas..huhu,..1 bnda yg xbrubah dr dulu huruf "R" ko...hahahaha~
saufy abadi dulu mmg kiut je ko dgn songkok kelabu ko weh..trademark tuh! skang mane songkok tu?haha..sopi sopan je aritu..poyo je,.malu2 kunun~haha~
ramai lagi la...xlarat nak taip..huhu..yg pnting korg2 mmg dah ensem+stylo!

harap2 lepas ni kite leh jumpe lagi di lain event...
terima kasih sgt2 atas kehadiran dan sokongan kalian..

akhir kata dr saya,."SELAMAT MENCARI JODOH"
hahaha~

Wednesday, May 5, 2010

LA...KENE KAWAD LAGI KE??????



ler...ingat kan da abes skola+plkn dah tak payah kawad lagi...
tapi kene wat jugak ler kat maktab ni..huhu..
aku dipilih untuk masuk pasukan pandu puteri kadet...
ni before nk gi perhimpunan...
amcam??aktif x?hehe..



ni pulak kitorang kena kawad untuk perbarisan pandu puteri
sempena kejohanan olahraga 2010...
Pn. Miza dah memberi mandat kat aku untuk jadi ketua kontinjen masa ni..
nmpak x gamba aku depan tuh??huhuhu..
lame xkawad seyh..suara pon lame x asah..hehe..
papepon semangat n kerjasama semua ahli sangat memuaskan..
thanks weh korang2 coz bagi kepercayaan kat aku..hihiihi~

"arah kita jelas kedepan..bendera berkibar...lalalalalaa... :p"