Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan,
lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan
mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan
gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai
melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi
keibuan dalam diri masing2.
Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi
daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah
anda. tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan
menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan.
Misalnya, kemanjaan wanita ygmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian
lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai
dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah
memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan
sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg
berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2
sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn
wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn
tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat
lelaki berasa bangga.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan
wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat
tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya
dan memberi yg terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan
dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki
juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus
menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah
beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan
ramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yg disukai elaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya.
Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi
respon dan pendapat yg baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik,
serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih
menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yg suka bergurau dan pandai
berjenaka serta boleh menerima jenakalelaki dgn baik dan berfikiran
terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di
mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara
berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg
baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah
di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada dibandar atau di kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan
mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan
merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan
dirinya sesuka hati.
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada
nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg
wajar dan spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada
kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dgn indah dan mempesona...
p/s : dah cukup ke blom eh ciri-ciri ni kat aku..hahaha! :)
No comments:
Post a Comment