blog

tukaNg PoLow~

Thursday, July 11, 2013

Bismillahirahmanirahim.. segalanya mengenai posting.


Bismillahirahmanirahim.. lama rasanya tak menaip mcm ni..
banyak yang berlaku sepanjang "menganggur" ni.. tapi kemalasan melanda membuatkan aku malas nak update blog ni..heh~

apa pon aku nak menceritakan mengenai penempatan aku di sekolah, atau lebih dikenali dengan istilah POSTING.
kecoh, riuh, ribut mengenai hal ni.. akhirnya setelah 7 bulan menanti, 1hb 7.2013 menjadi titik bersejarah dlm hidup aku, apabila aku telah ditempatkan di sebuah sekolah luar bandar, MUKAH, SARAWAK...
Allah,.. kedepekkk.. luruh kejap jantung ni. jauhnya,macam mana lah aku kat sana nanti, berseorangan,,hurm.. terdetik segala ptanyaan tu dalam hati ni masa keluar nama kat laman web..
Akhirnya, aku merelakan segalanya kerana aku tahu, aku boleh. aku boleh survive walau kat mana pon berada selagi adanya Dia. In Sha Allah.
The best thing is, semua geng wannababes pon tercampak kat Sarawak, hahaha. 
fina&wan = lubok antu.
syila = bintulu
zety= belaga
kimah= sibu
aku = mukah
maka, berjodoh lah kita... hahhaha!

kami semua berkumpul di Kuching, lepas tu baru berpecah mengikut daerah masing2.. terpisahlah kami berenam..huhu.. aku bertolak 1.july.2013 dan menginap di Hotel Empress, Sepang,. sampai di Kuching, Hotel Grand Margherita, 2-3hb.july.2013..sampai di Motel Higway Inn, Mukah, 4hb.july.2013, dan akhirnya berjaya melaporkan diri di sekolah pada hari jumaat, 5. july.2013..,dua kali naik flight, 1 van yg somput2, 2jam 30minit, dari sibu ke pekan mukah..
perghh,, hampir seminggu perjalanan nak ke sekolah tu.. pengurusan sememangnya mcm pfffttt!!

Alhamdulillah, hari pertama melapor diri di Sekolah Kebangsaan Dua Sungai, Mukah, Sarawak, aku disambut baik oleh semua guru dan staff kat skolah tu.. semua baik2 belaka, peramah. aku sekarang menumpang dulu di kuarters guru yg trletak dalam kawasan sekolah sementara mencari rumah sewa. ermm, Skolah tersebut tdiri daripada 20 org guru sahaja termasuk aku. Hanya aku dan Kak Suraya yang masih muda dan bujang di sekolah tu.,hehe. Sekolah ini hanya 1 sesi, 1 tahun 1 kelas sahaja, bermakna hanya ada 1 bangunan sahaja, di mana di bahagian atas bilik darjah dan bawah bilik pentadbiran. seramai 2 ratus lebih murid2 di skolah ni.. Sekolah ini juga tiada kantin yg menjual makanan, kami para guru akan menempah makanan daripada luar dan menghidang makanan mengikut jadual yg telah ditetapkan. sebulan 35ringgit sahaja. :) . murid pula akan membawa makanan sendiri pada waktu rehat, yg mana menginap di asrama akan makan di dewan makan.
first day, aku da dapat merasa makanan tradisional org melanau kat sini, iaitu Umai. erk, dia mcm "gam" (kanji) yang digulung2 dan dicicah bersama 3 jenis kuah, mcm sambal kicap, kuih ikan, dan kuah udang kot.. haha.. nanti aku buh gamba k. hehe..

housemate aku orang melanau dan bukan islam, tapi dia ok, baik. kak Juera nama dia. dia la yg slalu bwk aku jnjalan pekan mukah, mengenali tempat gittew,,, huhu.
kat sekolah ni aku menyandang jawatan ketua panitia pendidikan kesihatan, setiausaha sukan, guru mata pelajaran pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan, pendidikan sivik kewarganegaraan, muzik, kajian tempatan dan pendidikan seni visual.. nampak x seni dan muka aku yg ala2 artifak ni. haha. tu amanah. walau susah macam mana sekalipun, aku kene laksanakan. GB,PK,cikgu2.. semua seronok, kelakar, tak kedekut ilmu dan sangat membimbing.. tu yg aku kagum sgt.. xmacam skolah yg aku pergi untuk praktikal dulu, perh,,kekwat seyh!  lagi satu beza murid2 luar bandar n bandar.. murid2 sekolah ni, sangat2 hormat pada cikgu, dan masih lagi ade prasaan takut pada cikgu. Masa 1st day aku masuk mengajar tahun 6, ade budak tak bawak buku, dan aku hanya ugut utk sumbat kapur dlm mulut dia kalo tinggal lagi, tgok2 keesokan hari tu, budak tu xdtg, sbb takut kne makan kapur dgn aku, buku dia hilang.. kebetulan mak dia crita kat blik guru, penat pujuk anak dia gi skola, laaa... anak cikgu rupenye.. hahaha.. ade aku kesah.. yg salah tetap salah. hahaha! budak2 sini cakap aku garang, kikiki..~ 1st impression penting, supaya aku xkena ayam dikemudian hari, hahaha.

lepas raya ni banyak gile program sukan yg nak kene buat,. merentas desa, camping, mini karnival sukan, hoki, netball, street soccer, adooiiii... mati la,, aku yg kne buat semua laporan and dokumentasi ni.. takpe la, nak wat camne, cepat aku blaja, cepat aku jadi Pk KOko. ehh.. over, hahaha!

xtau nak cerita apa lagi. tengok la gamba2 di bawah ye, 





di airport KLIA.


flight ticket.



Dokumen perjalanan terhad. :)

ni lah umai + ulam + buah,. makanan 1st day kat skolah..:)


ikan mentah tu.. huhuhu~


bangunan sekolah dua sungai.



padang sekolah dua sungai.

kuarters guru. 

 asrama budak-budak sekolah dua sungai.



sekian sahaja ceritera posting saya. cikgu kighah. :)