blog

tukaNg PoLow~

Thursday, July 11, 2013

Bismillahirahmanirahim.. segalanya mengenai posting.


Bismillahirahmanirahim.. lama rasanya tak menaip mcm ni..
banyak yang berlaku sepanjang "menganggur" ni.. tapi kemalasan melanda membuatkan aku malas nak update blog ni..heh~

apa pon aku nak menceritakan mengenai penempatan aku di sekolah, atau lebih dikenali dengan istilah POSTING.
kecoh, riuh, ribut mengenai hal ni.. akhirnya setelah 7 bulan menanti, 1hb 7.2013 menjadi titik bersejarah dlm hidup aku, apabila aku telah ditempatkan di sebuah sekolah luar bandar, MUKAH, SARAWAK...
Allah,.. kedepekkk.. luruh kejap jantung ni. jauhnya,macam mana lah aku kat sana nanti, berseorangan,,hurm.. terdetik segala ptanyaan tu dalam hati ni masa keluar nama kat laman web..
Akhirnya, aku merelakan segalanya kerana aku tahu, aku boleh. aku boleh survive walau kat mana pon berada selagi adanya Dia. In Sha Allah.
The best thing is, semua geng wannababes pon tercampak kat Sarawak, hahaha. 
fina&wan = lubok antu.
syila = bintulu
zety= belaga
kimah= sibu
aku = mukah
maka, berjodoh lah kita... hahhaha!

kami semua berkumpul di Kuching, lepas tu baru berpecah mengikut daerah masing2.. terpisahlah kami berenam..huhu.. aku bertolak 1.july.2013 dan menginap di Hotel Empress, Sepang,. sampai di Kuching, Hotel Grand Margherita, 2-3hb.july.2013..sampai di Motel Higway Inn, Mukah, 4hb.july.2013, dan akhirnya berjaya melaporkan diri di sekolah pada hari jumaat, 5. july.2013..,dua kali naik flight, 1 van yg somput2, 2jam 30minit, dari sibu ke pekan mukah..
perghh,, hampir seminggu perjalanan nak ke sekolah tu.. pengurusan sememangnya mcm pfffttt!!

Alhamdulillah, hari pertama melapor diri di Sekolah Kebangsaan Dua Sungai, Mukah, Sarawak, aku disambut baik oleh semua guru dan staff kat skolah tu.. semua baik2 belaka, peramah. aku sekarang menumpang dulu di kuarters guru yg trletak dalam kawasan sekolah sementara mencari rumah sewa. ermm, Skolah tersebut tdiri daripada 20 org guru sahaja termasuk aku. Hanya aku dan Kak Suraya yang masih muda dan bujang di sekolah tu.,hehe. Sekolah ini hanya 1 sesi, 1 tahun 1 kelas sahaja, bermakna hanya ada 1 bangunan sahaja, di mana di bahagian atas bilik darjah dan bawah bilik pentadbiran. seramai 2 ratus lebih murid2 di skolah ni.. Sekolah ini juga tiada kantin yg menjual makanan, kami para guru akan menempah makanan daripada luar dan menghidang makanan mengikut jadual yg telah ditetapkan. sebulan 35ringgit sahaja. :) . murid pula akan membawa makanan sendiri pada waktu rehat, yg mana menginap di asrama akan makan di dewan makan.
first day, aku da dapat merasa makanan tradisional org melanau kat sini, iaitu Umai. erk, dia mcm "gam" (kanji) yang digulung2 dan dicicah bersama 3 jenis kuah, mcm sambal kicap, kuih ikan, dan kuah udang kot.. haha.. nanti aku buh gamba k. hehe..

housemate aku orang melanau dan bukan islam, tapi dia ok, baik. kak Juera nama dia. dia la yg slalu bwk aku jnjalan pekan mukah, mengenali tempat gittew,,, huhu.
kat sekolah ni aku menyandang jawatan ketua panitia pendidikan kesihatan, setiausaha sukan, guru mata pelajaran pendidikan jasmani, pendidikan kesihatan, pendidikan sivik kewarganegaraan, muzik, kajian tempatan dan pendidikan seni visual.. nampak x seni dan muka aku yg ala2 artifak ni. haha. tu amanah. walau susah macam mana sekalipun, aku kene laksanakan. GB,PK,cikgu2.. semua seronok, kelakar, tak kedekut ilmu dan sangat membimbing.. tu yg aku kagum sgt.. xmacam skolah yg aku pergi untuk praktikal dulu, perh,,kekwat seyh!  lagi satu beza murid2 luar bandar n bandar.. murid2 sekolah ni, sangat2 hormat pada cikgu, dan masih lagi ade prasaan takut pada cikgu. Masa 1st day aku masuk mengajar tahun 6, ade budak tak bawak buku, dan aku hanya ugut utk sumbat kapur dlm mulut dia kalo tinggal lagi, tgok2 keesokan hari tu, budak tu xdtg, sbb takut kne makan kapur dgn aku, buku dia hilang.. kebetulan mak dia crita kat blik guru, penat pujuk anak dia gi skola, laaa... anak cikgu rupenye.. hahaha.. ade aku kesah.. yg salah tetap salah. hahaha! budak2 sini cakap aku garang, kikiki..~ 1st impression penting, supaya aku xkena ayam dikemudian hari, hahaha.

lepas raya ni banyak gile program sukan yg nak kene buat,. merentas desa, camping, mini karnival sukan, hoki, netball, street soccer, adooiiii... mati la,, aku yg kne buat semua laporan and dokumentasi ni.. takpe la, nak wat camne, cepat aku blaja, cepat aku jadi Pk KOko. ehh.. over, hahaha!

xtau nak cerita apa lagi. tengok la gamba2 di bawah ye, 





di airport KLIA.


flight ticket.



Dokumen perjalanan terhad. :)

ni lah umai + ulam + buah,. makanan 1st day kat skolah..:)


ikan mentah tu.. huhuhu~


bangunan sekolah dua sungai.



padang sekolah dua sungai.

kuarters guru. 

 asrama budak-budak sekolah dua sungai.



sekian sahaja ceritera posting saya. cikgu kighah. :)












Tuesday, February 5, 2013

holiday to sg. Chiling Kuala Kubu Bharu.

hai- hai..
 sy nak berkongsi sedikit mengenai tempat perkelahan sy dan rakan-rakan mase cuti aritu.
kami pegi berkelah dekat sg. chiling,kkb. sumpah! best giler!

perjalanan dr rumah ambil mase lebih kurang sejam lebih. (pj-sg.chiling)
alhamdulillah, kami smpai dlm pkul 12tghari. *janji burst*

perjalanan masuk dr tempat park kete amik mase lebih kurang 5min nak sampai ke kaunter masuk santuari ikan. bayaran masuk sebanyak RM1 seorang.. :)  selamat kami ditaja oleh datok salam. ngeh3..:)

untuk sampai ke puncak air terjun, kami terpaksa jungle tracking selama 1 jam,. dan merentasi 7 lintasan sungai. perghh! mmg best ! selamat la semua kuat stamina dan perjalanan sejam tu sungguh xterasa, sbb seronok berborak sepanjang tracking tu. hehehe.  peralatan yg kami bwk bukan sedikit, agak mencabar bile trpaksa meredah 7 sungai smbil bwk khemah, tong mknn, minuman, beg pakaian, pinggan, cawan, blablablah..  seeloknya di nasihatkan lenkali bwk nasi lemak 2 bungkus n air mineral sudahlah. haha!

sampai2 je kat lintasan sungai yg ketujuh, kami dah nampak dan dengar bunyi air terjun,. Subhanallah.! tenang rasa, cantik! ikan kelah pulak bersepah2 kat kaki kami. ish! selamat la xboleh memancing.. kalo x,..dah lama kami keje kan ikan2 ni. hahaha!  air sungai sejuk! terpelihara keindahan sg. chiling.
dah sampai sana, kami terus pacak kemah dan isi perot yg kosong ni. dah kenyang, ape lagi, masa utk terjun ke sungai.. yeaahhaaa!! kepenatan yg sangat berbaloi. :)




 all of us.:)\

 welcome to the jungle guys. :)
 lintasan sungai ke berapa ntah ni.
 dah nampak dah muka penat masing2. hahaha!
 gigih bagi kelah makan roti gardenia.



 paling tak tahan sekali.. part ni! kelah oo kelah!
 kelaparan. haha!



 alahai , ade yg menyorok pulak. gedik.


ok, gambar ni paling huduh on that time. hahaha!


ok, tu saja yg dapat dikongsikan. semoga terhibur. :)

masih perlu..untuk bercerita..

assalamualaikum kalian semua.
lama sangat dah  x menaip mcm ni.. rindu pulak nak menaip tetibe.~
saat kalian baca post ni, sy tgh meniarap smbil layan lagu st12.

 sy xtau nak mula dengan cerita apa. oh ya! smpai saat ini sy masih lagi belom dipostingkan. sangat *gampang semuanya berlaku kan. eh, jgn salah paham. sy maksudkan *gampang dr bhasa indonesia. :p
ah.! sudah lah, da malas nak pikir pasal tu, tunggu jela untuk di intebiu lpas raya cina ni.
posting lambat, bermakna keje pon lambat, kumpol duit lambat, and kawen pon lambat!huh~

oh ya! ckp pasal kawen.. kawen? maybe patut dilupakan dulu buat sementara waktu. mmg betul org kate 24 dah umo yg cun2 utk hidup berdua. tapi.! tapi... kita hanya merancang, Allah swt yg tentukan. kalau dia tentukan belum sampai jodoh lagi, then redha jela k. dont worry la k, sampai masenye uolss.. doakan yg baik2 aja k. :)

 ermm,. sepanjang cuti ni, sy mcm biase, buat keje partime kat IGB, Ipsos Company as a QC. sy keje ikut suka hati sy jela, nak keje sy keje. xnak sy goyang kaki kat umah. selamat bos dah paham sy, senang kawtim.:)
Dalam masa cuti ni jugak, sy banyak luangkan msa dengan family n friends. My Geng. Team Spongebob. hehehe.. kitorang lepak hampir setiap malam kat kedai wan, layan bola, karaoke, movie, mancing, racing, g mjlis mber2 kawen...blablablabla.. wah, suke melabon mcm ni, relax. xpyh pikir pasal keje. haha! bila lagi kan, zaman remaja sekali je, bile lagi nak berjimba kan..dah kawen nti xleh cmni sgt dah. am i right? :p


ni ade sedikit gambar kenangan bersama di sg.chiling KKB. nti i post khas pasal tempat ni k.


ok. sambung cerita balik,.hehe.  pejam celik, pejam celik, lah. dah 24 tahun dah aku skng ni! cepatnye masa berlalu,. belajar pon da abes dah,. nak masuk alam pekerjaan pulak lepas ni. semoga Allah swt memudahkan segala urusanku. amin.


 itu sahaja dulu dr saya, raz adibasyark radzi. melaporkan dari bilik berita tv hatiku.
tata. mmmuuuaaahhH! :)
assalamualaikum.

Monday, January 28, 2013

BULAN 8 DI SANDAKAN



The Batalion - Bulan Lapan Di Sandakan

intro: F G Em Am F G C
         F        G
kisah mula dulu kala
       Em          Am
bila hati jatuh cinta
        F           G
ku terkenang raut wajah
        C 
bila pejam mata.
   
       F           G
tawa jiwa ubat luka
          Em           Am
ingat dikau yang di sana
       F           G
lagu ini khas ku gubah
               C
untuk mu oo sayang...

oohh..

[C/o]

F              G         Em
hati ku mulai bosan
                 Am  
rindu ku pada mu bulan
F           G           C
kemudiannya ku datang

ooohhhh....

F                 G 
ku sangka engkau riang
Em               Am  
rupanya halau ku pulang
F       G          C 
bulan lapan di Sandakan

         F       
kisah mula dulu kala
            G     
bila hati jatuh cinta
         Em        
rasa indah dalam jiwa
              Am    
dan bila ku pejam mata
         F          
Habis crita lagu ini
            G   
Khas Ku gubah
          C         
Untuk mu syg…

[*]

        F         
lagu ini khas ku gubah
          G      
bukan malukan siapa
         Em        
tapi indah dalam jiwa
               Am   
bila kenang kisah lama
         F           
satu cara dan kau gubah
          G                    C
cipta lagu untuk mu oh sayang...

ulang [c/o] sehingga [*]
ulang [c/o] semula

        F             G
senyumlah oh sayangku
       Em          Am
aku cinta padamu
       F          G              C
cintaku hanya satu kau pun tahu

        F        G
Dengar lah oh syg ku…
    Em               Am
jangan terus cemburu
      F           G            C
jeleknya lah rupamu siapa mahu

oohhh....

ulang [C/o]

bulan lapan di Sandakan [2x]

tasha manshahar & syed shamim


 persembahan akustika. bersama tasha manshahar dan syed shamim. semoga berjaya di masa akan datang. gudluck! :)