Sunday, December 28, 2008
cuti ni aku keje kuar je ngan jijah n kengkawan...haha..
ni time kat mid 13.12.08,..mamam eskrem buskin robbin..hehe..
ni ziqah,adik jijah..........
Ni kat kenduri cousin jijah kawen,..28.12.08..comeynye i..huhhuhu..
ni plak kat sunway piramid...9hb.12.08...
manjew siot!!haha..,
ni la penghibur hati aku...susah n senang...my true frenz...khairul n hafizah...
thanks...give light in my life...
Tuesday, November 11, 2008
yeyey!!! CuTi TiMe...eXaM dA ABEs...
alhamdulillah...
abes gak exam ni....huhuhu...
camne la result aku nti..harap2 ok la...
da la demam plak time mjawab tu...adoi...redha jela...
aku da stat cuti da...hehe...
aku cadang nak keje...tgk la camne nti...
papehal aku nak beronggeng...hahahaha....
kL!!! wait 4 me!!
hakhak...

Thursday, September 18, 2008
Monday, September 8, 2008
PROGRAM IHYA' RAMADHAN DI IPTB
Ni la salah satu program yang dijalankan kat iptb. aku selaku ajk publisiti kena r wat2 keje tgkap gambo ni..huhuhu..yg gambo tu kat surau al ghazali..
semoga bulan Ramdhan ni membawa seribu satu keberkatan kepada hidup umat islam semua.
Monday, September 1, 2008
HaDiaH bIrTHdAy AKu TahUn Ni...huhuhu..
Thanks to my Friends...speechless!!xtau nak cakap ape..korang memang baik sangat..hehe..kek yang special tu dak2 klas aku yang bagi..aku sambut birthday kat pangkor..huhu..mlm tu ade bbq,.tetibe ramai2 nyanyi hepi bfday tu you..pastu my geng bawak kek tu jalan menuju ke arah aku..aku pon toleh..ya ALLAH!! suprise siot!!sayang r dorang sume!!huhu..
yang kasut tu..zuliana bagi..yang bear comey tu syila bagi..huhu,.yang mug n frame tu,.fina bagi..yang tudung tu,.zeti bagi..brooch yang bersinar-sinar tu anis bagi..huhuhuhu..
thanks juga kat kawan2 yang blanje makan..dila blanje pizza..n my mom..blnje mkn kat times aritu..hehehe..thanks!!mmuahh!!!huhuu
AkU Di PuLau PANgKoR..13-15hb.OgoS..
Yang kiri tu nad..tgh2 tu kak syikin kokdiang..huhu..n yang kanan skali tu aku..hehe..ni sebelum bertolak nak g pangkor untuk pendidikan luar(PL)..Walaupon kitorang lain2 opsyen.tapi kitorang rapat tau..sempoi..ecece..
dari kiri atas,.kak faizah, yana, kak syikin, athirah,.aku,.
dari kiri bawah,.ida, kak marha,.syarifah..
ni la kumpulan 1..be4 g snorkling..pose dulu seyh..huhuhu..
yang ni plak gadis2 ayu yang kena wat kajian emperikal kat pangkor tu..huhuhu..bkan wat sangat pon..banyak bergambar n jenjalan je..dorang ade yang siap makan cendol lagi..hampeh!!haha..

PErSoNaLiTy Of MysELf....huHuUuhU..
Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5... Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.
Saturday, August 23, 2008
kat SuNWay PiRamID
22.08.08...ni la kawan aku dila..kitorang knal dari drjah 2 lagi tau..huhu..semalam jumpe kat sunway piramid..dia blaja kat poly skang ni..amik dip in sains computer,..
hebat2..comey x kitorang??ececeh..harap2 bleh jumpe lagi d cuti yang akan datang..

Monday, August 18, 2008
JEJAK KASIH....HUHUHU
waa...lame xupdate blog..bz sket..huhu..ha, nak citer sket..kat sebelah ni la my mom..akakaka...jijah..huhu,.akhirnya selepas setahun lbih x jumpe..semalam 17.8.08..menyaksikan pertemuan dua beranak yang terpisah di berjaya times square..hehehehe..kejap je rase kitorang jumpe..hurm..
kitorang g jenjalan je.wat lenguh kaki..sambil mengumpat..hahahaha..
ade ke patut dia kate aku da tembam??!!!ceh!!huhuhu
harap2 kami dapat jumpe lagi nanti..insyaALLAH..kali ni nak jumpe kak ngah skali(capin)..
meriah ler nanti..huhu..
Thursday, August 7, 2008
BEAUTY OF OUR FRIENDSHIP...
Friendship is a Priceless Gift that cannot be bought or sold,
But its value is far greater than a mountain made of Gold.
For gold is cold and lifeless, it can neither see nor hear
And in the time of trouble it is powerless to cheer--
It has no ears to listen nor heart to understand,
It cannot bring you comfort or reach out a helping hand
So when you ask God for a gift
Be thankful if HE sends not diamonds, pearls or riches
But The Love of Real True Friends.
CINTA AGUNG YANG SEJATI...
Sesiapa yang menjadikan Tuhan sebagai cinta agungnya, amat beruntunglah hidupnya di dunia dan Akhirat. Di antara keuntungan yang diperolehinya ialah:
1. Tiada kecewa
Seseorang itu tidak akan kecewa dalam percintaannya merebut cinta agung. Seandainya semua makhluk di bumi dan langit berlumba-lumba merebut cinta Tuhan, tidak ada siapa yang akan kecewa bahkan Maha Kuasanya Tuhan dapat membalas cinta semua makhluk-makhlukNya serentak dari yang sekecil-kecilnya hinggalah yang sebesar-besarnya. Tiada siapa yang akan kecundang dan kecewa dalam perebutan mencari cinta agung.
2. Tiada saingan
Tidak akan berlaku saingan, pertarungan, permusuhan atau peperangan dalam mencari cinta Tuhan. Sebaliknya dalam perebutan mencari cinta dunia sama ada cinta manusia, biasanya akan berakhir dengan permusuhan dan akan ada yang kecewa dan menderita.
3. Mendapat ketenangan dan kebahagiaan
Mendapat cinta Tuhan akan membuahkan ketenangan, kedamaian, keamanan dan kebahagiaan yang hakiki. Jiwa lapang, hati senang dan tenang. Bahkan kesengsaraan, kesakitan atau penderitaaan dalarn usaha meraih cinta agung itu pun sudah merupakan sebahagian daripada kebahagiaan. Kadangkala hati resah, cemas dan bimbang apakah cintanya terhadap Tuhan itu berbalas. Dalam keresahan cemas dan bimbang itu terubat pula dengan keyakinan bahawa Tuhan itu Maha Luas RahmatNya. Maka di situ pula bertambah lagi ketenangan. Sesekali terasa diri lemah, dhaif dan lalai, tertebus pula dengan pengaduan serta bermanja-manja dengan Allah SWT yang Maha Pengasih. Bertambah pula mendalamnya rasa kehambaan. Sebaliknya merebut cinta dunia akan menimbulkan keresahan dan tiada ketenangan di jiwa. Walaupun dunia yang dicintai itu sudah ada di tangan, namun fikiran masih kusut.
Mereka yang gagal mendapat dunia yang dicintai dan diburunya itu pula sudah ramai yang sakit jiwa dan berputus asa. Bahkan ada yang sanggup bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan yang tidak kekal itu.
4. Dapat kawan dan perpaduan
Bersama-sama mencari Tuhan membawa manusia berukhuwah dan berkawan. Walaupun manusia itu dari berlainan latar belakang, bangsa, pangkat, kedudukan malah jika pernah menjadi musuh sekalipun, namun di dalam perjuangan merebut cinta Tuhan, secara automatik setiap hati manusia itu akan terikat satu sama lain. Kerana masing-masing sedang dalam perlumbaan mencari cinta yang satu iaitu cinta yang hakiki. Sebaliknya pertarungan dalam merebut cinta dunia akan mengakibatkan ukhuwah dan persahabatan makin jauh dan terbarai. Akhirnya akan membawa kepada pecah belah dan permusuhan.
5. Menghilangkan mazmumah
Mencari cinta Tuhan dapat membantu menghilangkan mazmumah. Mazmumah adalah sifatsifat keji yang terdapat dalam diri manusia seperti hasad, dengki, sombong, ego, tamak, gila dunia dan lain-lain. Mazmumah dapat merosakkan segala kebahagiaan dan ketenangan di dalam jiwa seseorang insan. Perlumbaan mencari cinta Tuhan adalah salah satu proses paling berkesan dalam usaha seseorang manusia meruntuhkan mazmumah di dalam jiwa.
Sebaliknya, merebut cinta dunia akan menebalkan mazmumah. Hasad dengki pasti akan berlaku dan ia bagaikan siraman baja yang menyuburkan lagi pohon mazmumah dalam diri manusia.
6. Disenangi oleh orang
Mengejar cinta Tuhan orang akan suka dan rasa senang. Tiada siapa yang akan rasa tercabar atau tergugat dalan pertarungan merebut cinta Tuhan Orang yang berusaha merebut cinta agung akan disenangi semua makhluk. Manusia senang dan sayang padanya dan para malikat juga turut mendoakannya Kerana makin ramai yang merebut mencintai Tuhan, semakin mendorong kepada tercetusnya keamanan, ketenangan dan kebahagiaan.
Sebaliknya di dalam sesuatu pertarungan atau perebutan lebih-lebih lagi perebutan cinta dunia, ramai yang tidak senang dan makin dibenci orang. Semakin sengit perebutan dunia, makin bertambahlah huru-hara dan porak-peranda hidup.
7. Tidak akan kesepian atau keseorangan
Memburu cinta Tuhan tidak akan keseorangan dan kesepian. Biarpun tiada kawan bersama, kita tidak akan rasa kesunyian dan ketakutan kerana Tuhan yang menjadi cinta agung sentiasa ada bersama. Malah Tuhan bukan sekadar boleh memerhati, bahkan boleh menjaga dan melindungi kita. Malah di waktu kita tidur, di kala kekasih yang paling hampir dan paling kita cintai pun tidak mampu untuk menjaga kita. Tuhan boleh menjaga dan mengawal kita kerana Dia tidak tidur.
Meletakkan cinta dan harap pada Tuhan akan membuatkan hati sentiasa rasa tenang dan selamat kerana kita tahu bahawa kita berada di dalam kawalan dan penjagaan satu Zat yang Maha Agung lagi Berkuasa. Sebaliknya, manusia yang menyandarkan diri kepada cinta selain Tuhan, belum tentu makhluk yang dicintainya itu dapat mendampinginya sepanjang masa lebih-lebih lagi menjadi pelindungnya setiap masa.
8. Jalannya luas dan selamat.
Mengejar cinta Tuhan jalannya luas, lapang, selamat dan menyelamatkan, manakala mengejar cinta dunia jalannya sempit, himpit-menghimpit serta memudharatkan. Begitulah beruntungnya sesiapa yang menjadikan Tuhan cinta agungnya dan malang sekali bagi sesiapa yang memburu cinta selain Tuhan.

Saturday, July 19, 2008
DI SMK TAMAN KENARI,KULIM..AJAR CIKGU2 SENAMROBIK..HUHU...
19/07/2008..PUKUL 8.30PG...
DI skolah menengah kebangsaan taman kenari..
aku n 6 orang kengkawan yg lain ikut ketua jabatan pj bagi taklimat n wat demo senamrobik kat cekgu2 tu...
ape lg berjoget sakan r kitorang..huhuhu..
sonok sangat..pengalaman baru g kami,,cikgu2 tu peramah..
aku,ammar,cipi,zaril,afiq jawe,emi,sue n husna yg terpilih untuk conduct senamrobik tu..huhu,kitorang create koreografi tu sehari sebelum nak pegi tu..
rushing giler!!practice skali je,pastu tros perform..hebat kan2??huhu..
alhamdulillah,..selamat xda pape masalah...kitorang dapat cenderahati dari pihak skolah..
balik pkul 1 lbih r...
Saturday, July 12, 2008
ZAMAN SKOLAH YANG BEST!!!
time ni tgh mude2 lagi...kat klas 5amanah smk taman medan..2006...
kelas science stream..otak pon mereng2 terbakar saraf2 ni...
paling xleh lupe our class teacher..dedi shumi(cikgu suhaimi)...memang sempoi abis r..ajar plak fizik..subjek killer bg aku r...huhuhu..em,mane r dak2 klas aku ni,ape r cite dorang skang ni ek??tapi yg aku tau ramai futher study dah...n ade gak yg bina kerjaya sendiri..zu kat upm,nad kat upnm,lin kat sjmc,loq kat mara.ribib n salam kat poli s.alam,talisa n dila kat poli sabak,ela poli kat melaka,daa kat uitm merbok,.nisa' pon kat poli gak...2 naughty boy klas aku dulu c shamsul n faka masing2 keje..lendz pon keje..paling xbleh blah c mohan r genius student 5A dulu,skang wat medic kat rusia..xsangka btol...aku???aku lagi r xbleh blah,,ntah camne tetibe leh tercampak masuk kat institut perguruan tuanku bainun penang ni pon aku x tau...jadi cikgu la nampaknye..idola aku adibah!memang best!!hehhheee..dulu sket pnye nakal aku ni,,siap wat kes panjat tembok skola lari balik umah..ni nak jd ckgu plak...parah2...hahahaha!!xpe r,aku da brubah da skang..baek dah woo...jgan xcaye..huhuhu..aku nak jadi cikgu yang disayangi pelajar..ahakz!!
kawan2ku sekalian,kalo korang terbaca blog,harap2 pandai2 r cntact k...rindu korang sangat2!!!!!!!harap leh wat reunion 1 hari nanti..insyaALLAH..amin...

Subscribe to:
Posts (Atom)